Saturday, January 21, 2012

Majlis Ramah Mesra Pensyarah dan Para Pelajar PISMP Major Pengajian Sosial








Pada 12 Januari 2012 yang lepas satu perjumpaan antara para pensyarah Jabatan Pengajian Sosial dengan para pelajar PISMP Major Pengajian telah diadakan. Pada majlis tersebut para pelajar telah diperkenalkan dengan seorang pensyarah baharu daripada IPGM Cyberjaya iaitu Puan Hassmani. Beliau mempunyai latar belakang dalam bidang pengurusan daripada Universiti Sains Malaysia. Ijazah Sarjana beliau dalam bidang Keusahawanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu JPS juga mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar daripada jabatan ini yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan mendapat CGPS 3.8 ke atas. Dua orang pelajar tersebut ialah KHAIRULNAIMAH BINTI YAHYA dan NOORAZIEMAH BINTI MOHAMED.

Sementara dalam ucapan Ketua Jabatan JPS, Tuan Haji Rizuan meminta supaya kedua-dua kelas Pengajian Sosial bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan aktiviti di peringkata jabatan mahupun di peringkat IPG Kampus. Beliau juga menyeru agar semua pelajar muslim mengerjakan solat berjemaah senantiasa agar dapat merapatkan ukhwah antara mereka.

Pada majlis tersebut juga para pelajar Pengajian Sosial telah melantik AJK yang baharu untuk sesi 2012. Adalah diharapkan AJK yang baharu dapat merangka dan melaksanakan aktiviti yang memberi impak yang besar kepada pelajar, jabatan dan IPG Kampus.

No comments:

Powered by Blogger.