Saturday, July 9, 2011

Majlis Ramah Mesra Antara Pensyarah Jabatan Pengajian Sosial Dengan Para Pelajar PISMP Opsyen Pengajian Sosial.

Pada 7 Julai 2011 (5 Syaaban 1431) yang lepas telah diadakan majlis ramah mesra antara para pensyarah JPS dengan para pelajar pengajian sosial PISMP ambilan Januari 2011. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara para pensyarah di JPS dengan pelajar-pelajar pengajian sosial PISMP. Dalam ucapan alu-aluannya Timbalan Ketua Jabatan JPS, En. Abd Aziz menekankan para pelajar mengeratkan antara mereka, menjaga sahsiah, solat berjamaah dan penekanan kepada akademik.




Pensyarah Baharu Jabatan Pengajian Sosial


Pada awal semester ini Jabatan Pengajian Sosial (JPS), IPG Ilmu Khas (IPIK) telah menerima seorang pensyarah baharu. Beliau ialah En. Parwazalam bin Abdul Rauf (lebih dikenali sebagai En. Alam) daripada IPG Kampus Ipoh. Mempunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun termasuk 9 tahun di IPG. Diharap dengan kemasukan En. Alam akan menjadi aset yang berharga kepada IPIK secara amnya dan JPS khususnya.

SELAMAT DATANG EN. ALAM..!

Wednesday, January 19, 2011

Titipan dari Ketua Jabatan Pengajian Sosial


السلام عليکم
Syabas dan sekalung tahniah  ditujukan kepada pasukan pembangunan blog ini (Azrai Rasdi,Fatin Amira ,Nazihah Karim, Hafizuddin Hanizafuddin) dan pelatih Pengajian Sosial yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan satu platform bagi menghubungkan pensyarah di Jabatan Pengajian Sosaial, IPG Kampus Ilmu Khas, pelatih-pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 Major Pengajian Sosial dan pengunjung blog ini. Semoga usaha murni anda akan mendapat keberkatan Ilahi dan akan mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak. Diharapkan semua pihak dapat mengambil manfaat daripada penghasilan blog ini dan menjadikannya sebagai saluran, wadah dan pemangkin utama perkongsian ilmu kepada semua pelatih, pensyarah dan pengunjung blog ini. Teruskan menulis dan menyumbang ilmu agar kita menjadi pohon subur rendang umpama payung memberi redup dan teduh boleh dinaungi oleh semua orang dibawahnya.

"Siapa yang sembunyikan ilmu padahal dengannya Allah beri manfaat kepada manusia dalam urusan deen maka kelak hari kiamat ia akan dikekang dengan kekangan api neraka."
(Hadis Riwayat Ibn Majah)


MOHAMAD RITZUAN BAHARIN
KETUA JABATAN PENGAJIAN SOSIAL
IPG KAMPUS ILMU KHAS

Thursday, January 13, 2011

Permulaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Akhirnya, blog Jabatan Kajian Sosial IPG Ilmu Khas dapat juga dilahirkan. 

Harapan - harapan :
  • Agar blog ini dapat dijadikan medium sebagai pertukaran pendapat, penyebaran maklumat dan merapatkan hubungan sesama keluarga Jabatan Kajian Sosial.
  • Semua pelajar dapat berikan kerjasama yang baik dalam memanfaatkan blog ini ke tahap paling maksimum.
  • Untuk menambahkan informasi ke dalam blog ini sila rujuk admin iaitu :
    1. Azrai Rasdi                           G1.3
    2. Fatin Amira                          G1.3
    3. Nazihah Karim                      G1.4
    4. Hafizuddin Hanizafuddin    G1.4
Powered by Blogger.