Thursday, February 9, 2012
Saturday, January 21, 2012
Tuesday, January 17, 2012
Invitation author blog
Published :
10:25 PM
Author :
Pengajian Sosial IPIK
Disebabkan blog ini adalah hak milik bersama jadi admin telah men-invite ahli-ahli PSSU untuk menjadi author (penulis) blog ini. Ahli PSSU yang telah memberikan email menggunakan akaun GMAIL, sila periksa e-mel anda.
Sila klik pada gambar untuk tumbesaran.
Step 1: Buka e-mail dalam inbox
Saturday, July 9, 2011
Majlis Ramah Mesra Antara Pensyarah Jabatan Pengajian Sosial Dengan Para Pelajar PISMP Opsyen Pengajian Sosial.
Published :
12:26 PM
Author :
Pengajian Sosial IPIK
Pada 7 Julai 2011 (5 Syaaban 1431) yang lepas telah diadakan majlis ramah mesra antara para pensyarah JPS dengan para pelajar pengajian sosial PISMP ambilan Januari 2011. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara para pensyarah di JPS dengan pelajar-pelajar pengajian sosial PISMP. Dalam ucapan alu-aluannya Timbalan Ketua Jabatan JPS, En. Abd Aziz menekankan para pelajar mengeratkan antara mereka, menjaga sahsiah, solat berjamaah dan penekanan kepada akademik.
Pensyarah Baharu Jabatan Pengajian Sosial
Published :
12:14 PM
Author :
Pengajian Sosial IPIK
Pada awal semester ini Jabatan Pengajian Sosial (JPS), IPG Ilmu Khas (IPIK) telah menerima seorang pensyarah baharu. Beliau ialah En. Parwazalam bin Abdul Rauf (lebih dikenali sebagai En. Alam) daripada IPG Kampus Ipoh. Mempunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun termasuk 9 tahun di IPG. Diharap dengan kemasukan En. Alam akan menjadi aset yang berharga kepada IPIK secara amnya dan JPS khususnya.
SELAMAT DATANG EN. ALAM..!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.


